Nasional

Amaun tuduhan dari RM140j dikurang RM14j, satu kemenangan moral

AHLI Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menyifatkan pengurangan amaun tuduhan dalam kes Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Aktiviti Keganasan (Amla) 2001 sebagai kemenangan moral.

Menurul Abdul Azeez, pihak pendakwaan semalam telah meminda amaun tuduhan yang dikenakan ke atasnya daripada RM140 juta kepada hanya RM14 juta sahaja.

“Pertuduhan saya telah dipinda oleh pihak pendakwaan. Amaun tuduhan yang dikenakan ke atas saya telah dikurangkan daripada RM140 juta kepada hanya RM14 juta sahaja.

“Ini adalah satu kemenangan daripada segi moral kepada pasukan pembelaan kami,” kata Abdul Azeez.

Semalam media melaporkan, pihak pendakwaan membuat satu lagi tambahan pertuduhan terhadap Abdul Azeez.

Dalam prosiding di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Azura Alwi hari ini, pihak pendakwaan membuat satu lagi tambahan pertuduhan.

Ia membabitkan pertuduhan ke atas Ahli Parlimen Baling itu menerima sebuah kereta berjenama Toyota Vellfire bernilai lebih RM400,000 daripada syarikat berkenaan.

Pihak pendakwaan turut memohon untuk melakukan pindaan sembilan pertuduhan terhadap Abdul Azeez.

Sebelum ini Abdul Azeez berdepan sembilan pertuduhan di bawah Amla 2001 kerana didakwa menerima hasil haram daripada Syarikat Menuju Asas Sdn Bhd.

Berdasarkan 10 pertuduhan itu, Abdul Azeez didakwa menerima wang hasil daripada aktiviti haram hampir RM14 juta.

Pada 16 Januari lalu, Abdul Azeez didakwa menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah dan sembilan pertuduhan pengubahan wang haram hampir RM140 juta.

Abdul Azeez turut menyifatkan, tindakan media mengaitkan pendakwaan tersebut dengan jawatannya sebagai Pengerusi Tabung Haji

“Tiada satupun tuduhan tersebut adalah melibatkan Tabung Haji. Usaha pelbagai media yang mengaitkan jawatan lama saya selaku Pengerusi institusi tersebut dengan kes yang sedang berjalan adalah suatu propaganda politik yang tidak bermoral.

“Walaupun berkali-kali telah saya nyatakan bahawa tiadanya pendakwaan berkaitan dengan wang Tabung Haji,” kata Abdul Azeez.-SM

 

(Visited 90 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button