fbpx
Jenayah

Jenazah anggota tentera terjatuh dari tingkat 3 Kem Majidee selamat dikebumikan

Terdapat dakwaan allahyarham mangsa buli di kem tentera

JENAZAH anggota tentera darat, Abdul Aziz Aznam, 20 yang meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tiga, kuarters kediamannya di Kem Majidee, Johor, telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakar Batu, Tanjung Rambutan.

Jenazah dikebumikan pada awal pagi tadi kira-kira pukul 2.30.

Pengebumian jenazah allahyarham Abdul Aziz dilaksanakan dengan istiadat ketenteraan dan disaksikan lebih 200 orang termasuk ahli keluarga, saudara mara dan rakan sejawat bagi memberi penghormatan terakhir buat allahyarham.

Memetik laporan Sinar Harian, ketibaan jenazah allahyarham disambut dalam suasana pilu dengan diiringi Batalion Ke-10 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Johor.

Terdahulu, jenazah allahyarham dibawa ke kediaman keluarganya di Bandar Baru Putra, Bercham, dengan kereta jenazah Tentera Darat dan tiba di destinasi sekitar pukul 1.30 pagi sebelum dibawa ke tanah perkuburan.


Jenazah allahyarham Abdul Aziz dilaporkan meninggalkan perkarangan Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat pada kira-kira pukul 6.30 petang semalam selepas selesai proses bedah siasat.

Ibu allahyarham, Rohana Md Husin, 49, yang mengiringi jenazah arwah dari Batu Pahat ke tanah perkuburan, sedih dan menitiskan air masa sepanjang pengebumian.

Allahyarham Abdul Aziz telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 2.30 petang semalam selepas sembilan hari berada di Unit Rawatan Kecemasan (ICU) HSNI akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan.

Pihak polis masih menjalankan siasatan terhadap punca sebenar kejadian yang menimpa allahyarham Abdul Aziz.

Ini kerana terdapat dakwaan, allahyarham menjadi mangsa buli di kem tentera tersebut dan tidak dapat menahan lalu bertindak terjun dari bangunan .

Pihak polis tentera juga dilaporkan melakukan siasatan ke atas punca tragedi. – SM

 

(Visited 4 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button