Nasional

Amaran ribut petir di Perlis dan beberapa kawasan di Kedah, Sabah dan Sarawak

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir serta hujan lebat dan angin kencang di seluruh Perlis dan beberapa kawasan di Kedah sehingga pukul 1.00 pagi ini.

Di Kedah, kawasan yang terlibat ialah Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling.

Turut dijangka mengalami cuaca serupa adalah beberapa kawasan di Sabah iaitu Nabawan, Keningau, Ranau dan Sandakan (Tongod dan Telupid)  manakala di Sarawak di Kapit, Bukit Mabong dan Belaga. – BERNAMA

(Visited 323 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button