JenayahPolitik

Amanah serah polis siasat kes Ketua Wanitanya ditumbuk

Setiausaha Agung Amanah, Dr. Mohd Hatta Md. Ramli yakin kes Ketua Wanita Amanah Teluk Intan ditumbuk akan disiasat dengan adil.

Justeru beliau menyerakan kes berkenaan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan lanjut.

“Kita serahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan dan yakin siasatan yang adil akan dilakukan.

“Semua ahli Amanah dinasihatkan supaya menghormati dan bertindak mengikut lunas undang-undang negara dan perlembagaan parti,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mohd. Hatta turut menasihatkan ahli parti supaya menghormati dan bertindak mengikut lunas undang-undang negara serta perlembagaan parti dalam semua urusan kepartian.

Semalan media mengesahkan menerima aduan kejadian seorang wanita dikasari dan adik perempuannya ditumbuk oleh seorang lelaki ketika mesyuarat parti itu di Teluk Intan, Perak.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner (ACP) Kamarudin Mat Salleh berkata siasatan dibuat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Arahan untuk menyiasat (OTI) telah diperolehi daripada timbalan pendakwa raya,” katanya.

Difahamkan pengadu merupakan ketua Wanita Amanah (Awan) Teluk Intan, manakala adiknya merupakan naib ketua Awan Teluk Intan.

Dalam laporan polis yang dilihat media, pengadu mendakwa dia dan adiknya bersama lapan individu lain dijemput menghadiri satu pertemuan di sebuah hotel pada 14 Okt lalu, namun tidak dibenarkan masuk.

Kira-kira jam 9.30 malam, ketika pengadu berada di hadapan pintu bilik mesyuarat tersebut, seorang lelaki menolak mangsa sehingga jatuh dan menumbuk adik perempuannya di bahagian muka.

Dalam laporan polis berkenaan, suspek dikatakan merupakan bekas setiausaha politik kepada pengerusi Amanah Perak.-SM

(Visited 327 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button