NasionalNegeri

ALP, LPU KUIPs perlu laksana amanah dengan telus

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, Ahli Lembaga Pengarah (ALP) dan Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) diingatkan agar melaksanakan amanah masing-masing dengan penuh telus, cekap dan berintegriti.

Baginda yang juga Canselor KUIPs bertitah, dengan ilmu pengetahuan, kepakaran dan pengalaman yang dimiliki pastinya kesemua yang dilantik akan membantu usaha-usaha meninggikan syiar agama islam melalui sebuah universiti yang berteraskan Islam sebagai agenda utama.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berbual dengan antara penerima Watikah Pelantikan ALP dan LPU KUIPs di Auditorium KUIPs, Kampus Kuala Perlis baru-baru ini. – Gambar Ihsan KUIPs

Titah Baginda, pelantikan ini merupakan satu keperluan dalam sesebuah institusi pengajian tinggi.

“Beta percaya dengan pelantikan ini, KUIPs dapat mencapai visi dan misi iaitu menjadi institusi akademik berteraskan Islam terkemuka di peringkat antarabangsa yang menawarkan gabungan program pengajian Islam tradisional dan kontemporari di samping melahirkan insan berilmu dan beramal yang kompeten dalam memangkin pembangunan dan pemodenan negara,” titah Baginda pada Majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan Watikah Pelantikan ALP dan LPU KUIPs di Auditorium KUIPs, Kampus Kuala Perlis baru-baru ini.

Pengurniaan Watikah Pelantikan ALP sesi 2024/2025 ini didahului oleh Mufti Perlis, Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin selaku Pengerusi Lembaga Pengarah.

Manakala ALP yang lain ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor, Dr Amina Josetta Datuk Paduka Ahmad Kayani, Prof Madya Dr Mohd Azrul Azlen Abd Hamid, Prof Madya Ts Dr Mohd Ezree Abdullah dan Dr Nidzamuddin Zakaria.

Raja Muda juga berkenan menyaksikan penyampaian Watikah Pelantikan LPU sesi 2024/2025 oleh Mohd Asri.

Tuanku Syed Faizuddin Putra menyampaikan watikah kepada Mohd Nazim pada majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan Watikah Pelantikan ALP dan LPU KUIPs di Auditorium KUIPs, Kampus Kuala Perlis baru-baru ini. – Gambar Ihsan KUIPs

Senarai LPU yang dilantik bagi sesi 2024/2025 ialah Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Prof Emeritus Datuk Dr Kamarudin Hussin dan Timbalan Lembaga Pengarah Universiti, Datuk Abang Sallehuddin Abang Shokeran.

Manakala Ahli Lembaga Pengarah Universiti yang lain ialah Prof Madya Dr Mohd Azrul Azlen Abd Hamid, Prof Madya Ts Dr Mohd Ezree Abdullah, Rektor KUIPs, Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle, Prof Dr Basri Ibrahim, Prof Madya Dr Mohd Akram Datuk Dahaman @ Dahalan, Datuk Shushilil Azam Shuib, Prof Dr Azman Mohd Noor dan Pengarah Pendidikan Perlis, Rose Aza Che Arifin. – SM

BACA Kakitangan KUIPs terima RM2,000 duit raya

(Visited 42 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button