Nasional

Alhamdulillah, China sumbang 100,000 topeng muka

MENTERI Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini mengumumkan kerajaan China telah menghantar bantuan 100,000 topeng muka kepada Malaysia

“Alhamdulillah, more good news! Saya baru dimaklumkan oleh Duta Malaysia ke China, Raja Nushirwan, menerusi hubungan akrab Malaysia 🇲🇾 – China 🇨🇳, dan hasil usaha Perwakilan Malaysia di sana, kita telah berjaya dapatkan 100,000 facemask daripada Presiden China-Asia Economic Development Association (CAEDA) yang cukup prihatin terhadap Malaysia.

“Terima kasih Raja Nushirwan dan Kedutaan Malaysia di China atas usaha ini!” katanya dalam hantaran ke Facebook Hishammuddin Hussein.

“Dan terima kasih juga kepada AirAsia kerana saya difahamkan AirAsia sukarela menerbangkan peralatan ini ke Malaysia secara percuma.

“InsyaAllah, 100,000 facemask ini akan sampai pagi ini. Semoga ia berupaya membantu usaha kita dalam menangani wabak #Covid19.” katanya.


(Visited 45 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button