Alamak kes liwat pun disoal balik?
KETIKA semua memikirkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar dipanggil ke Bukit Aman kerana dakwaan mempunyai sokongan cukup untuk membentuk kerajaan baharu, tetapi sebaliknya pula berlaku.
Anwar mendakwa dia turut disoal berkaitan “kes liwat” dalam siasatan polis hari ini.
“Ada tetapi ini biasa dan soalan pun longgar.
“Dan ini satu rencana politik untuk menekan saya saat saat seperti ini,” katanya ketika ditanya pemberita sama ada terdapat laporan polis berkaitan kes liwat dibuat terhadapnya.
Ketua pembangkang tidak mengulas panjang siasatan berkaitan kes itu.
Anwar berkata demikian selepas memberi keterangan berkaitan siasatan berhubung dakwaan dia mempunyai majoriti untuk menubuhkan kerajaan baru di ibu pejabat polis di Kuala Lumpur Lumpur.
Anwar disiasat bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 atas dakwaan menimbulkan kegentaran awam.
Dia juga disiasat bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkaitan dakwaan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
Siasatan hari ini dibuat beberapa hari selepas dia mendakwa mengemukakan akuan berkanun (SD) dan surat kepada Agong berkaitan sokongan “lebih 120” anggota parlimen untuk membentuk kerajaan baru.
Istana berkata Anwar tidak memberikan senarai itu.
Ogos lalu, tular SD mendakwa seorang lelaki mengadakan hubungan luar tabii dengan Anwar sebanyak empat kali di hotel berbeza di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang pada 2013.
Bagaimanapun, individu yang membuat SD itu membuat laporan polis mendakwa aktivis politik Ramesh Rao mempengaruhinya membuat tuduhan itu dengan memberikan habuan.
Ramesh bagaimanapun memberitahu tidak pernah berjanji bahawa seorang menteri akan membiayai lelaki itu.
Media sebelum ini tidak menamakan Anwar kerana gagal mendapatkan penjelasan Anwar terhadap dakwaan itu.
Anwar sebelum ini dimasukkan ke penjara selepas disabitkan bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Yang di-Pertuan Agong sebelum ini Sultan Muhammad V menitah perkenan bahawa rayuan pengampunan penuh Anwar dibenarkan dan diberi pembebasan serta-merta pada 16 Mei.
Berikutan dakwaan Anwar mempunya jumlah sokongan ahli parlimen itu, ia meletakkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin goyah dengan kelebihan sokongan dua ahli parlimen.