Nasional

Ikon fesyen Rizalman Ibrahim dilantik Ahli Lembaga Pengarah UiTM

IKON fesyen ternama tanah air Datuk Rizalman Ibrahim dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Pelantikan tersebut diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.

“Tahniah kepada Datuk Rizalman Ibrahim atas pelantikan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara.

“Berdasarkan pengalaman yang ada, saya yakin Datuk Rizalman mampu menyumbang kepakaran dan khidmat bakti terutamanya dalam bidang keusahawanan,” kata Noraini.

Rizalman merupakan individu yang diberi tugas menyediakan persalinan buat Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada istiadat pertabalan baginda tahun lalu.-SM

(Visited 711 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button