Kebakaran

Al-Quran selamat walau tiga rumah hangus terbakar

MELAKA 21 Januari. – Dua naskah al-Quran ditemukan masih dalam keadaan baik di salah sebuah daripada empat buah rumah yang terbakar dalam kejadian kebakaran yang berlaku di Taman Kenanga, Klebang Besar, petang semalam.

Anggota bomba yang terlibat dalam operasi memadam kebakaran tersebut terkejut apabila terjumpa dua naskah al-Quran yang tidak hangus.

Dalam kejadian tersebut yang berlaku di Taman Seri Kenanga 3, tiga daripada empat rumah terbakar 100 peratus namun dua naskah al-Quran yang ditemui masih berada dalam keadaan sempurna.

Komander Operasi, Pegawai Bomba, Mohammad Fazzil Mohamad berkata, kitab suci itu ditemukan di salah sebuah daripada tiga rumah yang musnah terbakar sewaktu anggotanya selesai memadamkan kebakaran.

Menurutnya, dalam kebakaran tersebut tiga daripada empat rumah terbakar 100 peratus manakala sebuah
lagi terselamat.

“Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan sewaktu kejadian berlaku kira-kira pukul 4.08 petang ini. Dua rumah berpenghuni manakala dua adalah rumah kosong.

“Seramai 14 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Tangga Batu dan Melaka Tengah dikejarkan ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kira-kira pukul 4.08 petang,” ujarnya dalam satu kenyataan
semalam.

Mohammad Fazzil berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 4.08 dan tiba di tempat kejadian 11 minit. Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya 23 minit selepas itu.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button