Politik

Aku pengkhianat? Kepala bapak kamu! – Azmin

KUALA LUMPUR – Geram digelar pengkhianat terhadap parti, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali meluahkan kekesalannya sehingga terlepas menggunakan ayat ‘kepala bapak kamu’.

Kepada lebih 5,000 hadirian Majlis Makan Malam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang disertai sebahagian pemimpin parti tersebut, Azmin dengan lantang dan menyatakan bahawa dia dipenjarakan terlebih dahulu sebelum Presiden PKR  masuk ke dalam penjara pada 20 September 1999.

“Sebelum Anwar masuk penjara saya masuk penjara lokap, jangan padam sejarah. Saya masuk penjara dan saya ditelanjangkan, dibogelkan, ditanggalkan pakaian ,dipijak dan dihina kerana perjuangan keadilan yang kita bina.

“Sebab itu saya teramat kesal, ternyata kecewa. Ada dua tiga kerat, namanya pun bukan macam nama orang Malaysia bermegah ‘aku reformis, aku pejuang, tapi aku (rujuk diri) pengkhianat kepala bapak kamu,” kata Azmin.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu ternyata sedih kerana pengorbanan dan sumbangan yang dicurahkan sejak Anwar dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan usaha membina PKR sejak 20 tahun lalu dibalas dengan gelaran pengkhianat.

“Tetapi 20 tahun kemudian pada 7 Disember 2019, saya digelar pengkhianat. Yang gelar begitu tidak adapun dalam dewan ini. Saya, Tian Chua dan Zuraida serta yang lain baru dua hari lalu sudah kenal Keadilan sebenar (belang sebenar).

“Apa yang sedang berlaku dalam parti Keadilan Rakyat ini, saya tidak mahu ‘play blame game’ sebab parti ini dibina oleh saudara-saudari dan rakyayttapi selepas 20 tahun dipenjarakan dan berjuang, tiba-tiba inilah pengkhianat parti, Cis bedebah kamu.

Pemimpin PKR yang memihak kepada timbalan presiden parti itu sebelum ini kesal dengan ucapan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memetic mengenai mengenai kisah si Kitol dan Raja Mendeliar.

Si kitol dan Raja Mendeliar adalah kisah sejarah mengenai dua individu yang mengkhianati sultan Melaka sehingga negeri itu jatuh ke tangan Portugis.

Menurut mereka, ucapan Anwar telah membuka laluan kepada para pembahas lain untuk melancarkan serangan peribadi terhadap Azmin dan memecahkan perpaduan parti itu.

Mereka bertindak keluar daripada kongres parti di Melaka ketika Anwar berucap kerana menganggap ia telah melanggar persetujuan yang telah dicapai.-SM

 

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button