Jenayah

Akibat seleweng jual beli emas, 3 individu ditahan

Polis menahan dua wanita termaksud seorang pemborong emas serta adik lelakinya pada pagi semalam di sekitar Selangor kerana disyaki melakukan pecah amanah ketika jual belie mas di beberapa kedai Shah Alam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim, suspek utama dikenali ‘Sally’, 42, yang menjalankan urusan jual beli emas secara pukal itu ditahan di sebuah apartment Bandar Puteri Puchong, Petaling bersama adik lelakinya yang berusia 37 tahun.

Pihak polis turut menahan seorang wanita berusia 25 tahun, dalam tangkapan yang berasingan, wanita tersebut turut disyaki berpakat dengan Sally melakukan aktiviti jenayah tersebut sejak 7 bulan lalu.

Mohd Iqbal berkata, penahanan kesemua individu itu dilakukan jam 7 hingga 9 pagi Rabu 4 Ogos.

Pihaknya menerima laporan pada 31 Julai lepas daripada seorang pemilik kedai emas di Seksyen 7 selepas mendapati berlaku kekurangan stok emas sekitar 1.5 kilogram yang dianggarkan RM1 juta selepas audit dilakukan oleh pemilik kedai berkenaan.


“Hasil pemeriksaan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) premis itu mendapati seorang pekerja wanita sentiasa berurusan dengan wanita Bernama Sally,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

(Visited 56 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button