Hiburanpilihan

Air mata arwah Siti Sarah mengalir ketika panggilan video kali terakhir – Shuib

PELAWAK popular, Shuib sempat melihat buat kali terakhir arwah isterinya, Siti Sarah ketika sedang nazak menerusi panggilan video.

Menurut Shuib, dia dan tiga orang anaknya, Uwais Alqarni, 10; Dzahira Talita Zahra,8 dan Ariq Matin, 6 dapat melihat air mata arwah menitis.

“Saya sempat ke hospital selepas selesai bacaan Yassin semalam menerusi panggilan video semalam.

“Namun, pihak hospital tidak benarkan untuk saya bertemu dengan arwah,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Dalam pada itu, Shuib berkata isterinya akan ditayammum dan disolatkan di hospital berkenaan kira-kira pukul 10 pagi.

Jelasnya, jenazah akan dikebumikan bersebelahan kubur arwan ibunya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak pada pukul 12 tengah hari ini.

“Arwah juga memang ada meJika berbual soal kematian, arwah ada menyebut keinginan disemadikan di sebelah kubur arwah ibunya,” katanya.

Terdahulu, Siti Sarah terpaksa ditidurkan kerana tahap oksigen yang rendah dan dalam masa sama perlu menjalani pembedahan untuk mengeluarkan bayi yang dikandungnya.

Pembedahan tersebut berjalan dengan baik namun Siti Sarah masih lagi berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Malah, Shuib pada semalam juga berkongsi yang tahap oksigen Siti Sarah juga semakin meningkat berbanding pada hari sebelumnya.

Terdahulu, Shuib, Siti Sarah dan anak-anak mereka disahkan positif Covid-19 dan sepatutnya akan tamat kuarantin pada hari sama penyanyi itu dibawa ke hospital selepas mengadu kekurangan oksigen. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button