NegeriPendidikanRencah Hidup

Aidilfitri: KUIPs beri cuti dua hari

PELAJAR dan kakitangan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) diberi cuti pelepasan selama dua hari bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Rektornya, Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle berkata, kesemua warga kampus ini diberi cuti sehari sebelum hari raya dan sehari selepas cuti umum.

“Pengurusan KUIPs bersetuju untuk memberi pelepasan cuti ini pada 9 hingga 12 April depan,” katanya selepas Mesyuarat Pengurusan Eksekutif (Exco) KUIPs, semalam.

Bagi pelajar pastinya cuti ini memberi peluang kepada mereka untuk lebih lama meraikan hari raya bersama keluarga manakala bagi kakitangan pula inilah masanya untuk bersama keluarga dan mengunjungi sahabat handai di kampung.

Pastinya pengumuman ini memberi kegembiraan kepada warga kampus ini selepas Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) KUIPs yang juga Mufti Perlis, Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM2,000 kepada staf kampus ini sebelum ini.

Sementara itu beberapa kakitangan kampus ini menyambut baik langkah pihak pengurusan memberi cuti tambahan sehari awal dan sehari selepas Aidilfitri.

Mohd Roesfan Sazzerin

Pengarah Pusat Islam Ustaz Mohd Roesfan Sazzerin ketika berkata, cuti tambahan ini pastinya memberi ruang untuk kepadanya untuk balik awal ke Terengganu dan menziarahi ibu bapa serta keluarga disana sambil membuat persiapan raya.

‎أحبُّ الأعمالِ إلى اللهِ عزَّ وجلَّ سرورٌ تدخلهُ على مسلمٍ
Antara amalan yang paling disukai oleh Allah, memasukkan kegembiraan ke dalam hati seorang muslim. (HR al-Tabarani & al-Mundhiri dan dinilai Hasan oleh Al-Albani).

“Pengumuman tol secara percuma pada 8 dan 9 April depan oleh kerajaan juga pasti memberi kegembiraan kepada semua rakyat,” katanya lagi.

Azhan Taqiyaddin Arizan

Azhan Taqiyaddin Arizan, 33 berkata, dengan cuti tambahan ini pastinya memberi kegembiraan dan syukur berpeluang kepada beliau untuk mengunjungi ahli keluarga sambil merayakan aidilfitri pada tahun ini.

“Walaupun saya akan menyambutnya di Perlis pada tahun ini, perlulah bersikap sebagai mukmin Yang dikagumi.

‎عَنْ صُهَيْبٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ

Daripada Shuhaib berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sungguh mengagumkan urusan orang mukmin, sesungguhnya semua urusannya baik baginya, yang demikian itu tidaklah dimiliki seorang pun kecuali hanya orang yang beriman. Jika mendapat kebaikan (kemudian) ia bersyukur, maka itu merupakan kebaikan baginya, dan jika keburukan menimpanya (kemudian) ia bersabar, maka itu merupakan kebaikan baginya.” (HR Muslim). – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button