Nasional

Ahmad Zahid mohon maaf pada mahkamah

Tiada penghinaan mahkamah

DATUK Seri Dr. Ahmad Zahid membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini di atas kekeliruan yang berlaku semalam.

Permohonan maaf dibuat oleh Ahmad Zahid di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah selepas peguam utama Ahmad Zahid, Hisyam Teh Poh Teik membuat submission bagi menjelaskan kedudukan yang berlaku semalam.

Kata Ahmad Zahid, “saya bersetuju dengan semua penjelasan yang diberikan oleh peguam.

“Saya secara terbuka memohon maaf di atas kekeliruan yang timbul.

“Saya amat menghormati mahkamah, Yang Arif. Sekali lagi, saya mohon maaf atas kekeliruan.

“Saya juga ingin menjelaskan bahawa perintah Yang Arif tentang surat daripada Setiausaha Politik yang meminta saya hadir dan menjelaskan pertemuan dengan Perdana Menteri, surat tidak boleh diberikan.

“Tiada secara rasmi acara angkat sumpah,” katanya.

Pihak pendakwa bagaimanapun mendesak mahkamah dengan mengatakan berlaku sitausi mengelirukan (misleading) walaupun peguam Hisyam memberi pencerahan kepada mahkamah dan Ahmad Zahid membuat permohonan maaf secara terbuka.

Kata Hisyam, tertuduh sudahpun memohon maaf dan amat menghormati mahkamah.

“Yang Arif, perkara seperti ini tidak akan berulang lagi,” tegas Hisyam.

Semalam Ahmad Zahid memberitahu mahkamah bahawa beliau mempunyai perjumpaan penting dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada pukul 12.30 tengah hari di Pejabat Perdana Menteri (PMO)

Bagaimana PMO mengeluarkan sepucuk surat nafikan pertemuan tersebut.

Mahkamah memutuskan, tidak berlaku penghinaan mahkamah oleh Ahmad Zahid. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button