PendidikanRencah Hidup

Ahmad Alif & Siti Jamila wakil M’sia ke Persidangan Parlimen Belia Komanwel Ke-11

Persidangan diadakan di Republik Trinidad dan Tobago

AHMAD Alif Amri Ahmad Kawazi, 29, dan Siti Jamila Syuhada Jailani, 22, telah menjentik pengalaman apabila mereka dihantar oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sebagai wakil negara ke Persidangan Parlimen Belia Komanwel Ke-11 di Republik Trinidad dan Tobago, baru-baru ini.

Mereka diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Remote Work Bill 2022 (Rang Undang-Undang Kerja Jarak Jauh 2022) bersama 54 wakil belia dari negara Komanwel lain.

Persidangan tiga hari itu berlangsung di bangunan Parlimen republik kepulauan itu di ibu negaranya, Port of Spain, dari 20 hingga 24 November. Ia dirasmikan Speaker Dewan Senat, Bridgid Annisette-George.

“Alif dan Jamila dipilih oleh Persatuan Parlimen Komanwel Malaysia ke persidangan itu, berdasarkan latarbelakang dan penglibatan aktif mereka dalam komuniti dan organisasi,” kata KPT seperti dilaporkan FMT hari ini.

Menurut KPT, penganjuran persidangan ini bertujuan memberi pendedahan kepada belia mengenai amalan demokrasi dan politik berparlimen.

“Peserta juga berpeluang melibatkan diri dalam sesi kaukus dan perbincangan bersama mentor-mentor ahli Parlimen belia daripada negara tuan rumah mengenai pengalaman politik dan demokrasi berparlimen selain peranan media dalam politik,” ujar KPT.

Sidang sebulat suara meluluskan usul yang dibentangkan dengan pindaan mengenai pengurangan hari bekerja kepada empat hari seminggu dan pelaksanaan bekerja dari rumah.

Alif dan Jamila yang tampil dengan baju Melayu dan baju kurung ketika menyertai perbahasan mencuri tumpuan media tempatan.

Kedua-dua mereka sudah pun kembali ke tanah air pada 26 November lepas. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button