Politik

Ahli politik berpegaruh simpan wang tunai 5 juta di ‘safe House’

BARU-baru ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menjumpai wang tunai berjumlah SGD1,529,000 (kira-kira RM5 juta) di sebuah pangsapuri di ibu negara, yang dipercayai dijadikan sebagai ‘safe house’ oleh seorang ahli politik berpengaruh.

Tindakan ini dilakukan susulan penahanan dua individu, termasuk seorang bekas eksekutif kanan di Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI), yang terlibat dalam siasatan skandal rasuah melibatkan jutaan ringgit berkaitan konsesi perlombongan pasir di bawah anak syarikat cabang pelaburan negeri.

Menurut laporan Kosmo, kedua-dua suspek mempunyai kaitan dengan seorang ahli politik yang pernah memiliki pengaruh besar di Selangor.

“Seorang suspek mendedahkan kewujudan ‘safe house’ yang digunakan untuk menyimpan wang hasil rasuah milik seorang ahli politik berpengaruh. Penggeledahan dilakukan pada pukul 10 malam semalam di sebuah pangsapuri yang disewa oleh seorang ahli perniagaan sebagai tempat penyimpanan wang hasil rasuah,” jelasnya.

Hasil penggeledahan tersebut menemui wang tunai berjumlah SGD1,529,000, yang bersamaan dengan kira-kira RM5 juta.

“Wang ini disimpan untuk kegunaan ahli politik berkenaan dalam aktiviti politiknya. SPRM telah menyita wang ini untuk siasatan lanjut. Dipercayai wang ini diberikan oleh seorang individu yang identitinya masih belum dikenal pasti dan disimpan oleh ahli perniagaan tersebut atas arahan ahli politik berpengaruh itu,” tambah sumber tersebut.

SPRM juga telah membekukan kira-kira 15 akaun bank milik beberapa individu dan syarikat yang dipercayai terlibat dalam penyaluran rasuah.

“SPRM kini sedang menyiasat pembabitan ahli politik berpengaruh itu. Siasatan kes ini dijalankan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009,” ujarnya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, ketika dihubungi, mengesahkan penahanan kedua-dua suspek tersebut.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button