NasionalParlimen

Ahli Parlimen tidak lagi dibenar buat ‘live’ ucapan di Dewan Rakyat

SEMUA Ahli Parlimen tidak lagi dibenarkan untuk membuat penstriman langsung di media sosial menggunakan peranti peribadi mereka semasa menyampaikan ucapan pada sesi persidangan Dewan Rakyat.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, beliau membuat ketetapan itu ekoran meningkatnya trend ahli Parlimen memasang peranti seperti telefon bimbit di meja masing-masing untuk membuat perstriman langsung sejak kebelakangan ini.

Katanya, mengikut Peraturan Mesyuarat 35(1), ahli Parlimen sepatutnya perlu mengarahkan sebarang ucapan kepada pengerusi mesyuarat.

“Tindakan beberapa ahli Yang Berhormat berucap dengan tidak mengarahkan ucapan itu kepada pengerusi dan memandang peranti yang dipasang jelas tidak mematuhi peraturan berkenaan.

“Justeru untuk memastikan Yang Berhormat mematuhi Peraturan Mesyuarat 35(1), saya dengan ini menetapkan bahawa ahli-ahli Yang Berhormat tidak lagi dibenarkan untuk memasang sebarang peranti bagi membuat penstriman langsung dalam Dewan Rakyat,” katanya pada permulaan sesi soal jawab lisan di Parlimen, hari ini.

Johari memberitahu, ucapan ahli Parlimen boleh ditonton melalui siaran langsung sidang Dewan Rakyat di YouTube rasmi Parlimen Malaysia, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan media massa yang lain.

“Diharap agar ahli-ahli Yang Berhormat dapat memberi kerjasama dalam perkara ini,” ujarnya.

Bagaimanapun, ketetapan itu dibantah Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PN-Beluran) kerana beranggapan ia tidak munasabah semata-mata kerana ahli Parlimen tidak memandang pengerusi ketika berucap dan memohon perkara itu diteliti semula.

“Justeru untuk memastikan Yang Berhormat mematuhi Peraturan Mesyuarat 35(1), saya dengan ini menetapkan bahawa ahli-ahli Yang Berhormat tidak lagi dibenarkan untuk memasang sebarang peranti bagi membuat penstriman langsung dalam Dewan Rakyat,” katanya pada permulaan sesi soal jawab lisan di Parlimen pada Isnin.

Johari memberitahu, ucapan ahli Parlimen boleh ditonton melalui siaran langsung sidang Dewan Rakyat di YouTube rasmi Parlimen Malaysia, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan media massa yang lain.

“Diharap agar ahli-ahli Yang Berhormat dapat memberi kerjasama dalam perkara ini,” ujarnya.

Bagaimanapun, ketetapan itu dibantah Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PN-Beluran) kerana beranggapan ia tidak munasabah semata-mata kerana ahli Parlimen tidak memandang pengerusi ketika berucap dan memohon perkara itu diteliti semula.

Susulan itu, Johari meminta Ronald menulis permohonan pindaan ketetapan tersebut kepada jawatankuasa Parlimen supaya keputusan tentang perkara itu dapat dipinda. – SM

(Visited 25 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button