MahkamahNasional

Ahli Parlimen PJ dihukum 7 hari penjara hina sistem perundangan Islam

MAHKAMAH Tinggi Syariah hari ini menjatuhkan hukuman tujuh hari penjara ke atas Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah kerana menghina mahkamah berhubung kenyataannya yang menyentuh mengenai sistem kehakiman Islam.

Pada 5 September 2019, Maria mengeluarkan satu kenyataan media yang mendakwa “wanita Islam masih didiskriminasi bawah sistem perundangan syariah Malaysia”.

Beliau berkata, keputusan Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman tujuh hari penjara ke atas bekas isteri ahli perniagaan SM Faisal SM Nasimuddin, Emilia Hanafi kerana menjadualkan semula tarikh lawatan anak-anaknya adalah satu “ketidakadilan yang serius” dan “penghinaan sepenuhnya terhadap sistem kehakiman”.

Maria bagaimanapun tidak hadir di mahkamah hari ini kerana dimasukkan ke hospital.

Peguamnya, Rosli Dahlan dalam maklum balas segera memberitahu mahkamah, Maria akan merayu keputusan itu dan menggesa mahkamah menangguhkan hukuman. – FMT-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button