Berita

Ahli Lembaga bebas Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) positif COVID-19

SEORANG Ahli Lembaga bebas Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SD) disahkan dijangkiti COVID-19.

Menurut kenyataan SC, individu itu kini dirawat di Hospital Sungai Buloh, Selangor dan keadaannya dilaporkan stabil.

Menerusi kenyataan itu, SC bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa kesihatan untuk melaksanakan semua langkah yang perlu bagi memastikan kesihatan dan keselamatan pekerja.

Ini, katanya, termasuk mengenal pasti mereka yang merupakan kontak rapat individu terbabit.

Pejabat SC akan ditutup dan mulai esok, semua pekerja akan beroperasi dari rumah.

Penutupan pejabat SC bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dijalankan di premis itu sebelum dibuka semula pada 16 Mac.

Kenyataan itu juga menyebut, SC mengambil langkah berjaga-jaga untuk melindungi pekerja dan meminimumkan penyebaran virus tersebut.

“Ia termasuk operasi secara berpasukan untuk mengurangkan bilangan pekerja di satu-satu lokasi, tapisan kesihatan kepada pengunjung, kuarantin kepada pekerja yang merupakan kontak rapat kes positif COVID-19 dan meningkatkan sanitasi harian di pejabat,” katanya. – SM

(Visited 349 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button