Nasional

Agong zahir sokongan PKP dilanjutkan

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan sokongan terhadap keputusan kerajaan melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 12 Mei ini seperti yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Seri Paduka turut menzahirkan sokongan terhadap langkah-langkah tegas lain yang telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengekang penularan COVID-19 dengan berkesan di negara ini.

“Seri Paduka Baginda telah berkenan mengambil maklum dengan langkah-langkah ini semasa majlis menghadap bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba hari ini,” menurutnya dalam kenyataan Istana Negara hari ini.

Majlis menghadap YANG di-Pertuan Agong tersebut berlangsung selama 30 minit menerusi sidang video di Istana Negara pada 11 pagi tadi.

Sehubungan itu, Seri Paduka telah menzahirkan penghargaan kepada kerajaan dan pihak berkuasa  atas pelaksanaan langkah-langkah tersebut. – BERNAMA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button