Nasional

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Tun Salleh Abas

SERI Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga bekas Ketua Hakim Negara, Tun Dr. Mohamed Salleh Abas yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi tado.

Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarham bersabar dan tabah menghadapi suasana sedih dan pilu ini.

“Seri Paduka Baginda berdua amat menghargai khidmat bakti dan jasa Allahyarham kepada masyarakat dan negara serta menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar kepada negara,” menurut satu kenyataan menerusi Facebook Istana Negara hari ini.

Pada 1957, Allahyarham kembali ke Malaysia dan menjadi majistret di Kota Bharu, Kelantan dan tidak lama selepas kemerdekaan pada tahun yang sama, Salleh dipindahkan ke Kuala Lumpur di mana beliau berkhidmat sebagai Penolong Pendakwa Raya.

Beliau kemudian pergi ke United Kingdom (UK) semula untuk memperoleh ijazah sarjananya dalam undang-undang antarabangsa dan perlembagaan di Universiti London.

Allahyarham kembali semula ke tanah air pada 1962 dan dilantik sebagai Penasihat Undang-Undang dan Penolong Pendakwa Raya untuk kedua-dua Negeri Sembilan dan Melaka.

Setahun kemudian, beliau pulang ke Kuala Lumpur dan menyandang berbagai jawatan di bawah Jabatan Peguam Negara dan akhirnya dilantik sebagai Peguam Cara Negara.

Allahyarham meninggalkan isteri, Toh Puan Junaidah Wan Jusoh dan lima anak serta 26 cucu. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button