Politik

‘ADUN paling tadah khianat mandat rakyat’ – DAP Perak

DAP Perak mengutuk sekeras-kerasnya tindakan dua ADUNnya yang membelakangi mandat rakyat dengan menyokong Perikatan Nasional (PN).

Menyifatkan tindakan itu sebagai satu pengkhianat, DAP Perak mencadangkan kepada jawatankuasa disiplin parti agar segera memecat mereka.

DAP Perak turut mendesak kedua-dua ADUN terbabit segera meletak jawatan sebagai wakil rakyat, sekaligus memulangkan semula hak memilih kepada rakyat.

“Perlu ditegaskan kedua-dua ADUN tersebut bertanding dan menang atas tiket Pakatan Harapan dan menang sebagai calon DAP.

“Atas kelakuan pengkhianatan mereka, kedua-dua ADUN ini sudah hilang integriti dan tidak lagi boleh dipercayai oleh sesiapa pun,” kata DAP Perak dalam kenyataan, hari ini.

ADUN Tronoh, Yong Choo Kiong dan ADUN Buntong, A Sivasubramaniam mengumumkan menjadi wakil rakyat bebas dan menyokong PN.

(Visited 71 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button