Politik

Adu domba dan hasutan: Himpunan pembangkang tanda PRU bila-bila masa

EXCO Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Mohamad Muqharabbin Mokhtarrudin menjangka Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) semakin dekat memandangkan pihak pembangkang semakin terdesak untuk menang PRU15 nanti.

Bermula dengan hasutan turun ke jalanan, siri-siri laporan polis, kempen-kempen membenci kerajaan seperti yang dilakukan sebelum PRU 14, kini pihak pembangkang semakin agresif untuk merampas kembali kerajaan pada PRU15, kata Mohamad Muqharabbin dalam satu kenyataan, hari ini .

“Saya sekadar ingin mengingatkan diri saya dan berpesan kepada rakyat agar tidak lagi termakan dengan janji-janji manis pembangkang, hasutan dan pelbagai kempen yang dijalankan oleh pihak pembangkang dengan menggunakan cybertrooper, mahasiswa mahasiswi pro-pembangkang dan kumpulan-kumpulan yang sememangnya menjadi penyokong tegar mereka,” katanya.

Beliau berkata, perlu ada kesedaran, isu-isu yang sedang dimainkan pembangkang, sebenarnya mereka sendiripun tiada formula untuk menyelesaikannya.

“Termasuklah isu kenaikan harga barang, minyak dan krisis inflasi yang melanda seluruh dunia.

“Saya tidaklah menyarakan bahawa kerajaan kini sempurna tetapi kita harus bersyukur kerana kini, negara kita dipimpin oleh Barisan Nasional (BN) yang terpaksa mengambil alih tampuk pemerintahan Pakatan Harapan (PH) yang porak peranda merebut kuasa dan gopoh membalas dendam kepada BN,” ujar beliau.

Mohamad Muqharabbin  berkata, “mereka bukan nak mentadbir negara dengan baik dan membantu rakyat tetapi telah meranapkan kepercayaan dan peluang yang telah diberikan.

“Walaupun BN tidak sempurna mana, rakyat wajib sedar bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kepimpinan kini sedaya upaya menstabilkan ekonomi negara.

“Dan pada masa yang sama, mengawal kadar inflasi yang telah menjejaskan ekonomi seluruh dunia.

“Dengan subsidi RM 77 billion dan pelbagai inisiatif dalam memperkasa bantuan sara hidup agar tiada seorangpun yang tertinggal.”

Sehubungan itu, Mohamad Muqharabbin menyarankan agar kerajaan dan BN jangan alpa dengan kuasa yang ada.

Sebaliknya, kata beliau, gunakan kuasa yang ada dengan sebaik-baiknya dengan terus turun ke bawah mempelbagaikan aktiviti dan sokongan ke segenap lapisan masyarakat.

“Jangan bagi ruang pembangkang menggunakan isu-isu lapuk dan memutarbelit kenyataan yang menyebabkan rakyat termakan dengan hasutan.

“Saya yakin dan percaya, PRU 15 nanti, sekiranya BN ingin mendominasi tampuk kepimpinan negara, jangan bagi ruang kepada PH dan Pembangkang memperdaya rakyat.

“Yakinkanlah rakyat dengan manifesto yang benar dan bukan retorik. Berlakonlah dan bantulah sebaik manapun, kalau ianya bukan benar, rakyat kini bijak dan tidak akan termakan dengan kata-kata serta janji yang tidak logik,” katanya. – SM

(Visited 189 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button