Politik

Adilkan pembangunan bandar, desa – Zainal Abidin

KERAJAAN yang dipelopori pemimpin Melayu sekarang digesa mengadilkan pembangunan negara antara bandar dan luar bandar.

Limpahan ekonomi dan kemudahan perlu diberikan kepada kawasan luar bandar dan tidak menumpukan kepada bandar semata-mata.

Hal demikian termasuklah pembangunan ekonomi menerusi kemasukan pelaburan dan mewujudkan peluang pekerjaan bagi penduduk luar bandar.

Malah, ketidakadilan pembangunan antara wilayah juga disifatkan berpunca daripada ketidakseimbangan pengagihan hasil ekonomi dan kekayaan antara kaum.

“Segala kemudahan, pembangunan jalan bawah tak cukup, naikkan atas tinggi, kolam renang semua buat di bandar.

BACA > KDN akan pertimbang hukuman sebat ke atas nelayan asing — Suara Merdeka

“Sedangkan di bandar semua kita kalah. Di kampung kita menang, ada jalan yang elok? Tempat kerja tidak ada, rumahnya masih ada perigi.

“Kalau orang Melayu memerintah, kena betulkan balik semua. Keadilan itu mesti berlaku.”

Demikian kata bekas wakil rakyat UMNO, Datuk Zainal Abidin Sakom dalam satu temubual khas bersama Suara Merdeka.

Katanya, golongan bukan Melayu termasuk warga asing yang datang ke sini menikmati pembangunan dan kemudahan yang dibangunkan kerajaan.

Dalam pada itu, beliau juga menzahirkan kembimbangan terhadap isu kerakyatan yang diberikan secara bertentangan dengan undang-undang.

Menurutnya, hal demikian dibimbangi kerana pada masa akan datang hasil ekonomi akan terus dimonopoli seperti mana yang berlaku terhadap negara sekarang.

“Oleh kerana yang datang itu sudah lama, kita beri kerakyatan sedangkan Rohingya 500 tahun tidak dapat kerakyatan (daripada Myanmar). Kena halau kehulu, kehilir sekarang.

BACA > Kes aktif Covid-19 hampir cecah 100 orang, kluster baru di Sarawak — Suara Merdeka

“Kita bukan sudah 500 tahun, merdeka 1957 kita sudah beri kerakyatan, sekarang dia bukan sama dengan kita.

“Pada orang Melayu, mereka itu masyarakat kelas pertama, kayanya, senangnya, anak-anak mereka sekolah di luar negara.

“Kalau kita pergi ke Kuala Lumpur, di mana sahaja bandar, apabila ada kedai sahaja, merekalah (punya), mana ada kita.

“Ertinya mereka, dari segi sosialnya, merekalah yang menikmati nikmat negara Malaysia. Kita ada di kampung,” luahnya.

Berdasarkan kepada kenyataannya, beliau membayangkan supaya kerajaan menyedari pembangunan yang harus diberikan kepada masyarakat luar bandar.

Kerana menurutnya, masyarakat luar bandar yang menyumbang kepada kemenangan pemimpin Melayu dan pembentukan kerajaan baik Barisan Nasional mahupun Perikatan Nasional.

BACA > Asingkan jantina di pusat hiburan Terengganu jejaskan kesamarataan – DAP — Suara Merdeka

“Kemudahan kita bagi sebanyak-banyaknya di bandar, tetapi mereka tidak menyokong kita. Kalah kita.” ujarnya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button