Adik bongsu Presiden Trump kritikal di hospital Manhattan
Robert adik kesayangan Donald Trump
TIDAK dapat disahkan sakit apa tetapi adik bongsu Presiden Amerika, Donald Trump, Robert dimasukkan ke sebuah hospital di Manhattan, New York.
Robert, dua tahun lebih muda daripada abangnya itu, 74, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.
Menurut jurucakap White House, Donald akan melawat adiknya yang berusia 72 tahun itu hari ini.
Donald mempunyai empat orang adik beradik dan abang mereka yang sulung, , Fred Trump Jr meninggal dunia pada 1981 ketika berusia 43 tahun akibat tabiat alkohol.
Donald dan Robert mempunyai hubungan yang sangat baik berbanding hubungan mereka dengan mendiang Feed Trump Jr.
Difahamkan Robert amat istimewa buat Presiden Amerika itu.
White House masih belum mendedahkan apakah sebab dan punca Robert ditahan di ward.
Turut dikhabarkan, Robert baru-baru ini telah memfailkan tuntutan undang-undang bagi pihak keluarganya berhubung penerbitan buku berjudul Too Much and Never Enough.
Buku itu ditulis oleh anak saudaranya, Mary Trump, dikatakan telah melanggar perjanjian yang ditandatanganinya sebelum ini berkaitan dengan penyelesaian kewangan yang diterima daripada keluarga Trump.
Mary adalah anak Fred Trump Jr dan Robert sebelum ini pernah bekerja dengan abang sulungnya itu di Trump Organisation.
Pada hari Fred Trump Jr menghembuskan nafas terakhirnya, tiada ahli keluarga yang hadir pada malam kematian Fred Trump Jr di hospital.
Menurut anak mendiang, Mary, ketika ayahnya meninggal, Donald dan adik beradiknya yang lain sedang menonton wayang. – SM