Politik

Adakah UMNO perlu seorang ‘Poster Boy’ untuk PRU15?

  1. SEMALAM di FB Entry beliau, Datuk Puad Zarkashi mengeluarkan pandangan bahawa UMNO tidak perlukan seorang Poster Boy untuk hadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 nanti.
  2. Puad juga kata, ia sudah tidak relevan, boleh jadi bola tanggung, boleh jadi punching bag ataupun jadi senjata makan tuan.
  3. Puad juga kata, walaupun sudah buat keputusan memilih Perdana Menteri, Ismail Sabri sebagai Poster Boy tetapi Ismail Sabri sudah dilihat sebagai liability dan elok dibatalkan sahaja Calon Poster Boy ini.
    Mohd. Puad

Poster Boy ini mudah difitnah, ujar Puad.

Lebih baik digantikan dengan LOGO BN sebagai Poster Boy.

Poster Boy tidak boleh mereka yang over perasaan dan lembik. Dan harapkan pagar, pagar makan padi, kata Puad Zarkashi.

PERSOALANNYA

  1. Persoalannya, adakah Puad bercakap dengan menggunakan emosi ataupun akal fikiran yang waras ?
  2. Didalam mana-mana Pilihanraya Umum disesebuah Negara Demokrasi yang mengamalkan Sistem Pemilihan Berparlimen seperti Malaysia, Calon Poster Boy adalah amat penting.

Apa itu Calon Poster Boy ?

Poster Boy bermaksud seseorang Pemimpin Politik yang dipilih oleh Parti Politik berkenaan yang bertanding didalam Pilihan Raya Umum sebagai KETUA ataupun CALON PERDANA MENTERI sekiranya parti politik tersebut menang Pilihanraya Umum berkenan.

  1. Rakyat dan Pengundi mahu tahu, SIAPA CALON PERDANA MENTERI dari UMNO ?

SIAPA CALON PM dari Pakatan Harapan ?

Rakyat di PRU15 akan membuat perbandingan dan penilaian antara calon-calon Perdana Menteri yang akan dikemukakan oleh parti-parti politik yang akan bertanding di PRU15 kelak.

Siapa lebih layak.

Siapa yang akan mengemukakan polisi yang lebih baik untuk Rakyat.

Siapa yang Rakyat lebih percaya, TO LEAD THE COUNTRY.

Umno president Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi leaving at the KL court complex after turning up to support Datuk Seri Najib Tun Razak,Thursday, October 25, 2018. RAJA FAISAL HISHAN/The Star

APPLE TO APPLE

Rakyat akan buat perbandingan sebelum membuat keputusan memilih parti yang mana satu didalam PRU15.

  1. Kenapa pula tiba-tiba hari ini, Puad Zarkashi kata PM Ismail Sabri sebagai liability kepada parti UMNO dalam PRU15 kelak ?

Kerana PM Ismail Sabri tidak mencampuri urusan kes Mahkamah ?

Kerana PM Ismail Sabri menghormati pembahagian kuasa antara Executive dengan Judiciary ?

Kerana Ismail Sabri menghormati Kebebasan Undang-Undang Negara ini.

Kerana Kerajaan ini mempertahankan RULE OF LAW (Kedaulatan Undang-Undang) ?

  1. Bagaimana pula argument Puad, elok Logo BN dijadikan Poster Boy ?

Logo tetap Logo, wahai Puad.

Tetapi Rakyat mahu tahu, Siapa Calon Perdana Menteri dari UMNO ?

Datuk Seri Anwar Ibrahim

Ismail Sabri ke?

Zahid Hamidi ke?

Anwar Ibrahim ke? Atau

Mat Hassan ke?

  1. Persoalan Kedua, Puad juga kata harapkan pagar, pagar makan padi.

Andaian ini memberikan persepsi kononnya PM Ismail Sabri sebagai harapkan pagar, pagar makan padi.

Berkemungkinan bermaksud, harapkan PM bantu Najib Razak didalam Kes Mahkamah SRC tetapi PM tidak membantu.

Ini adalah satu andaian yang tidak tepat dan berniat jahat.

Tidak perlulah hendak perli-perli pemimpin UMNO dalam kes ini.

Pihak yang dituduh diberi seluas-luas peluang untuk membela diri di mahkamah, tanpa campur tangan daripada Perdana Menteri.

  1. PM Ismail Sabri bersandarkan kepada track record beliau sebagai Perdana Menteri negara ini selama 1 tahun.

PEMBERIAN VAKIN BESAR-BESARAN – SELAMATKAN NYAWA RAKYAT.

MEMBENDUNG INFLASI – SUBSIDI TERBESAR UNTUK RAKYAT.

PEMBERIAN WANG BANTUAN RAKYAT MALAYSIA – TERBESAR.

TRANSFORMASI POLITIK.

MEMULIHKAN EKONOMI NEGARA. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button