Rencah Hidup

Adab menonton wayang: Bukan kau saja beli tiket

DUA tahun kita semua hidup dalam pandemik Covid-19 yang membataskan bukan sahaja pergerakan termasuk tidak dapat berlibur seperti menonton wayang di pawagam.

Apabila sedikit demi sedikit kelonggaran diberi untuk kita bergerak bebas maka peluang untuk menonton wayang membuatkan kita berani pijak pawagam.

Sebenarnya menonton wayang di pawagan ada adab atau dalam istilah bahasa Inggeris, courtesy.

Ini kerana bukan kita sahaja yang duduk di dalam pawagam tetapi ada juga penonton di sebelah menyebelah yang mahu menikmati cerita yang ditonton.

Itulah sebabnya, dalam pawagam jangan fikir AKU BELI TIKET kerana orang yang duduk di sebelah menyebelah kita, bukan masuk percuma atau istilah negara seberang, gratis!

Semua pun masuk pawagam beli tiket dan mahukan keselesaan termasuk selesa telinga.

Oleh itu, janganlah memekak atau cuba untuk menjadi PENGARAH TAK BERTAULIAH untuk mengubah jalan cerita yang ditonton.

Yang memang tak seronok ialah orang sebelah bising bercakap seolah-olah dialah penulis skrip dan rakannya pula tidak rancak melayan perbualan.

Semua penonton di pawagam diingatkan supaya jangan merakamkan gambar atau visual tetapi amaran itu dengan sewenang-wenangnya dilanggar oleh individu yang kurang kesedaran sivik.

Kalau ditegur, mahu bergaduh tetapi golongan yang tiada kesedaran sivik ini, selayaknya jangan jadi penonton di pawagam.

Itulah yang terjadi ke atas seorang penonton yang meluahkan rasa terkilannya menerusi twiter Bunny @chizubunny.

Katanya, gadis yang duduk disebelahnya di dalam panggung ketika menonton filem Doctor Strange, bising sepanjang tontonan.

Tidak cukup dengan membuat bising, gadis berkenaan siap mengambil atau merakam gambar dengan menggunakan flash berkali-kali.

Persoalannya, tiada penjaga pawagam yang melarang gadis tersebut daripada berbuat demikian kerana apabila rakaman gambar dibuat, dia bukan sahaja mengganggu penonton lain.

Tetapi juga melanggar hak cipta terpelihara filem yang ditontonnya itu.

Kata Bunny dalam catatannya, apabila teman lelaki gadis berkenaan menegur perbuatan itu, gadis itu tidak dapat menerimanya.

Janganlah jadi bebal, bodoh bertingkat-tingkat kerana teguran yang baik, adab menjadi penonton dalam pawagam, harus diterima.

Sepatutnya gadis itu diminta keluar dari Hall tayangan. Kita tengok wayang nak happy, bukan nak stress! – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button