Nasional

Ada kes kecurian di pusat kuarantin MAEPS, polis dengan pakaian anti-rusuhan terpaksa hadir

Tular di laman sosial video berkenaan sepasukan anggota polis dengan kelengkapan antirusuhan (LSF) yang telah masuk ke pusat kuarantin berisiko rendah Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang semalam.

Perkara itu difahamkan berkaitan dengan kes kecurian telefon bimbit melibatkan pesakit di dalam pusat kuarantin tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya hadir ke sana untuk mengawal kejadian ekoran kes kecurian tersebut.

“Kekecohan berlaku kira-kira pukul 10.30 malam semalam, selepas sekumpulan pesakit menahan dua lagi pesakit lain yang disyaki mencuri empat peranti komunikasi.

“Seorang daripada doktor kemudian telah mengaktifkan kod oren dan memnta bantuan polis untuk meredakan keadaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, pengadu juga telah berjumpa dengan pesakit dan menemukan empat peranti komunikasi pesakit lain yang didakwa dicuri.

Jelasnya, dua lelaki yang disyaki terlibat dengan kes kecurian itu juga telah ditahan dan dipindahkan ke dewan kuarantin lain untuk tujuan keselamatan.

“Kedua-dua suspek itu akan menghabiskan tempoh kuarantin sebelum dipindah ke lokap polis.

“Siasatan awal polis mendapati seorang suspek akan menamatkan tempoh kuarantin hari ini, manakala seorang lagi suspek pada esok hari,” jelasnya. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button