Nasional

Acryl Sani dilantik ganti Hamid Bador sebagai KPN

Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dilantik menjadi Ketua Polis Negara yang baharu berkuat kuasa pada 4 Mei depan.

Pelantikan berkenaan diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin pada Majlis Penyerahan Surat Pelantikan Ketua Polis Negara ke-13 di Kementerian Dalam Negeri hari ini.

Acryl Sani akan menggantikan Tan Sri Abdul Hamid Bador yang akan bersara pada 3 Mei selepas dua tahun menjawat jawatan sebagai Ketua Polis Negara.

Acryl Sani, 59, mempuyai pengalaman yang luas dalam bidang kepolisan dan pernah menjawat beberapa jawatan di Bukit Aman.

Antara jawatan yng dipegang sebelum ini ialah Pengarah di Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT) serta Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK). -SM

(Visited 243 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button