Abon, Mat Over bantu kempen calon BN
Wartawan Suara Merdeka
TANGKAK 9 Mac – Dua pelawak dan pelakon terkenal, Abon dan Mat Over turut membantu kempen Barisan Nasional
(BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Gambir dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Kedua-dua pelakon tersebut dilihat menyertai bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri
program Walkabout di pekan Bukit Gambir petang semalam.
Abon atau nama sebenarnya, Sharizan Ahmad ketika ditemui berkata, dia mengikuti kempen BN sejak pada hari
penamaan calon pada 26 Februari lalu.
Katanya, dia rasa terpanggil untuk turun membantu calon-calon BN selain DUN Bukit Gambir demi memastikan
parti itu kembali membentuk kerajaan selepas Sabtu ini.
“Jiwa saya hanya untuk UMNO dan BN dan tidak ada parti lain selain BN dihati saya. Demi memastikan BN
menang saya sanggup turun ke lapangan tidak kira di mana jika ada calon-calon perlukan kehadiran saya,”ujarnya yang turut menyertai Walkabout itu.
Katanya, dia sering turun dan naik ke Johor dari rumahnya di Selangor dan ada ketikanya dia bermalam di tempat berkempen.
Sementara itu Mat Over atau nama sebenarnya, Sulaiman Yassin berkata, dia akan terus menyokong dan
membantu mana-mana calon BN yang memerlukan kehadirannya untuk membantu kempen memenangkan calon daripadaparti itu.
“Saya sangat teruja turun berkempen dan sebelum ini juga saya pernah membantu calon sewaktu PRN Melaka,
November tahun lalu,” ujarnya.
Katanya, dia turun berkempen untuk BN bagi membalas jasa parti itu yang banyak membela nasib rakyat
termasuk membantu golongan artis.
Ujarnya, beliau berkempen di serata pelosok negeri Johor jika diperlukan untuk dia turun membantu
menyakinkan penduduk di satu-satu kawasan tersebut untuk mengundi BN.