Hiburan

Abang POV, berhenti pramugara kerana ingin beri fokus pada perniagaan dan lakonan

SELEPAS setahun lebih berkhidmat di syarikat penerbangan Air Asia, pempegaruh media sosial, Aizat Saha, 28, memilih berhenti kerja dari pramugara kerana ingin memberi fokus terhadapa perniagaan yang sedang diusahakan iaitu ‘heetamputeh’.

Selain itu Aizat juga mengumumkan bersedia untuk ke dalam dunia hiburan dan bakal membuat kejutan kepada para peminatnya di kaca TV sebagai pelakon.

Aizat Saha

‘’Tahun ini merupakan tahun terbaik untuk saya fokus terhadap perniagaan ini, sebelum ini ‘heetam Puteh’ sudah buat 2 tahun tetapi tiada masa yang betul-betul untuk saya fokus perniagaan.

‘’Sekarang juga saya sudah mula berlakon untuk drama sikit-sikit tetapi hanya watak kecil, Insyallah pada tahun hadapan ada rezeki ke arah lakonan yang lebih serius saya terima.

Ditanya adakah Aizat sudah bersedia dengan asam garam dunia hiburan, menurutnya, dia terima dengan hati terbuka.

‘’Saya sendiri yang buat keputusan untuk masuk dalam bidang ini dan apa juga perkara yang akan datang pada masa akan datang nanti saya bersedia untuk menerima apa sahaja.

Dalam pada itu, Aizat turut menganjurkan majlis berbuka pada Sabtu lalu di Lanai Asmara yang terletak di Shafbury Putrajaya tanda berterima kasih kepada peminat-peminatnya yang bertungkus lumus mengundi ketika tercalon sebagai top 5 kategori video tergempak di Anugerah Gempak Most Wanted 2023 lalu.

Aizat Saha menyampaikan duit raya pada anak yatim

“Tahun 2024 ini merupakan tahun yang memberi semangat buat saya untuk teruskan usana dari pelbagai perspektif. Saya mengambil tanggungjawab yang besar ini untuk mencabar diri saya jua supaya saya menjadi manusia yang lebih cekap pada masa yang akan datang dari Segi pandangan dunia hiburan dan juga perniagaan,” kata Aizat Saha mengakhiri perbualan dan memahami rezeki tidak datang bergolek dan sentiasa mengingatkan dirinya untuk terus berusaha dengan lebih keras.

Koleksi Heetamputeh
Koleksi heetamputeh
Koleksi heetamputeh

Koleksi HeetamPuteh telah menambah koleksi baru buat wanita kali pertamanya, iaitu koleksi Kesuma Jeewa merupakan Kesuma Kabarung, Kesuma Kebaya dan Jeewa Unisex.

Artikle Berkaitan :>

Festival Ramadhan Putrajaya kali ini lebih meriah dengan kehadiran TikTokers

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button