Hiburan

Abang penyanyi Datuk Nora Ariffin meninggal dunia

KIRA-KIRA lapan jam lalu melalui satu hantaran di Facebook Nora Ariffin, penyanyi bersuara emas itu kehilangan satu-satunya abang beliau, Datuk Wan Suhaimi.

Perkongsian khabar mendukacitakan itu memaklumkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Kota Bahru, Kelantan.

Menurut catatan Nora, arwah adalah satu-satunya abang yang paling baik dan sangat penyayang.

“Dia abang saya yang paling baik, paling rapat dengan saya. Dia paling suka tengok saya menyanyi,” kata Nora dalam satu rakaman video yang turut dimuat naik di Facebooknya.

Kata Nora, Allahyarham bangnya juga sentiasa mendukung karier seni Nora.

Catat Nora lagi, kesihatan allahyarham yang mesra dengan sapaan Abang Mie mula terganggu semenjak kematian isterinya.

“Mohon doakan, diampuni dosa-dosa dia dan ditempatkan bersama orang-orang beriman,” mohon Nora buat Allahyarham Datuk Wan Suhaimi.

Salam takziah dariapda wargakerja SUARA MERDEKA buat Datuk Nora Ariffin seisi keluarga. Moga Allah SWT cucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Datuk Wan Suhaimi. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button