Kebakaran

Kebakaran di asrama sekolah tahfiz, 6 pelajar larikan diri

ENAM pelajar terselamat tanpa cedera selepas kebakaran berlaku di sebuah sekolah tahfiz di Jalan Iskandar Bistari di sini awal hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, mereka dimaklumkan mengenai kejadian di Pusat Tahfiz Dal Al-Fauzan di sini pada 12.46 pagi.

Beliau berkata sepasukan anggota bomba dari Seri Iskandar, dibantu balai Batu Gajah bergegas ke lokasi kejadian.

“Kebakaran berlaku di salah sebuah bilik bangunan asrama yang mempunyai enam pelajar lelaki itu, semuanya selamat.

“Kebakaran itu memusnahkan 15 peratus bilik dan keadaan dapat dikawal kira-kira lima jam kemudian,” katanya sambil menambah operasi ditamatkan pada 5.23 pagi.

Jurucakap itu menambah, punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan.

(Visited 267 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button