Agama

Abai nafkah anak, isteri dikaji sebagai kesalahan dalam Enakmen Jenayah Dalam Syarak Perlis

Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Perlis dicadangkan untuk mengkaji peruntukan Enakmen Jenayah Dalam Syarak 1991 bagi membuat penambahbaikan enakmen tersebut. Antara aspek yang perlu dikaji ialah berkaitan peruntukan mewujudkan seksyen baru yang menjadikan satu kesalahan bagi pihak yang mengabaikan kewajipan nafkah kepada isteri dan anak-anak, suami yang meninggal langsung isteri dan anak-anak, tidak adil dalam berpoligami , pihak ketiga yang mengganggu dan memecahbelahkan perkahwinan dan lain-lain yang bersesuaian di bawah bidang kuasa mahkamah Syariah.

Demikian titah Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat mempengerusikan Persidangan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Bilangan Ke-3 Bagi Tahun 2024
yang diadakan di Pejabat Faizuddin Centre of Educational Excellence (FCoEE) Bangunan MAIPs Kangar.

Tambah Tuanku Syed Faizuddin Putra, ‘Tujuan pindaan ini adalah bagi memantapkan lagi sistem kekeluargaan di Negeri Perlis dan seterusnya memantapkan sistem perundangan syariah di negeri ini’.

‘Walaubagaimanapun, penelitian perlu dibuat bagi mengenalpasti jika terdapat apa-apa halangan undang-undang dan keadilan sebelum apa-apa pindaan dibuat’, jelas Baginda.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button