Politik
Isham Jalil Dijemput Hadiri Sesi Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO
Bekas ketua penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil menulis dalam Facebooknya bahawa beliau dijemput untuk menghadiri sesi mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC.
Ujar Isham, perkara itu disampaikan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Isham menyatakan kehadirannya secara terbuka.
“Terima kasih kerana sudi jemput saya untuk menghadiri sesi mesyuarat bagi badan tertinggi parti pada malam ini. Saya akan hadir.
“Sebagai ahli UMNO dari akar umbi, saya akan bantu parti dengan apa yang termampu untuk kepentingan rakyat dan negara,” tulis Isham menerusi Facebook miliknya.