Politik

Guna saluran yang betul bagi pandangan kepada PM – Rahman Mohamad

KETUA UMNO Bahagian Lipis Datuk Sri Abdul Rahman Mohamad berpendapat tindakan Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang mengkritik Ismail Sabri secara terbuka baru-baru ini sesuatu yang tidak wajar.

“Dalam UMNO sendiri kita ada pelbagai cara dan saluran nak sampaikan maklumat kepada pemimpin. Sepatutnya boleh berjumpa 4 mata dengan PM apa yang kita boleh sumbangkan dan bantu,”

“Sedangkan nak tentukan tarikh pembubaran parlimen, kita bincang top 5 bersama presiden, dan kepimpinan tertinggi. Perbincangan Top 5 juga berjalan lancar. Jangan perlekehkan perdana menteri yang datang dari UMNO,”

Beliau percaya pada masa sekarang Perdana Menteri sedang memberi sepenuh perhatian untuk menyelesaikan masalah rakyat, masalah sekuriti makanan, harga barang yang tidak menentu, kita sepatutnya bersama-sama dengan Perdana Menteri untuk selesaikan masalah-masalah ini. Rahman juga berpendapat dengan memberi cadangan yang sesuai dan boleh membantu itu lebih wajar.

“Tegur YAB PM ibarat kita tegur seluruh kepimpinan UMNO kerana PM kita adalah orang UMNO. Jumpa PM jika ada cadangan yang baik atau apa-apa yang tak puas hati. Kita jaga ukhuwah kita sebagai keluarga UMNO”. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button