Rencah Hidup

Rakyat Perlis sambut baik tambahan BKM, kekal minyak masak paket

RATA-RATA rakyat Perlis menyifatkan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tentang Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan minyak masak paket semalam sebagai melegakan.

Tambahan BKM iaitu RM100 bagi isi rumah dan RM50 (bujang) dan pengekalan harga minyak masak antara perkara penting yang ditunggu rakyat.

Tinjauan SUARA MERDEKA mendapati rakyat di negeri Perlis menerima pengumuman ini dengan hati yang terbuka.

ROSLIM MAT ROSE

Roslim Mat Rose, 57, ketika ditemui berkata, tambahan BKM sebanyak RM100 amat bermakna untuknya sekeluarga.

“Ia tetap bernilai di mana perlu menggunakan ia dengan berhemah supaya perbelanjaan di dalam keluarga tiada masalah,” katanya dari Kampung Behor Goncar.

Bagi Azizan Derani, 61, dari Abi Padang Melangit, beliau juga menyambut baik BKM RM100.

Azizan Derani

“Ini kerana ia tetap besar kepada kami dari golongan B40,” kata Azizan.

Pemandu lori ini tetap bersyukur kerana sekurang-kurang ia menandakan keprihatinan kerajaan bagi mengurangkan beban rakyat.

Sementara itu, peniaga nasi lemak, Munira Hamid, 38, juga merasa lega apabila minyak paket kekal pada harga biasa.

“Minyak paket memang antara kegunaan peniaga makanan cuma pembelian pula dihadkan,” katanya.

Munira berkata, memang minyak paket ini menjadi pilihan peniaga tetapi golongan B40 juga menggunakan kerana harga yang lebih murah. – SM

(Visited 225 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button