Pengorekan Terowong Berkembar Genting selesai dalam tempoh kurang empat tahun
PROJEK Pengorekan Terowong Berkembar Genting selesai dalam tempoh 2 1/2 tahun hingga 3 tahun, menjadikannya
terowong rel terpanjang di rantau ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penggerudian terowong bermula dengan penembusan Terowong Paka sepanjang 1.1 kilometer pada 9 April 2021,
enam bulan lebih awal berbanding jadual asal.
“Tujuh buah terowong di Terengganu dan Pahang yang berukuran antara 190 meter hingga 1.1 kilometer setiap satu, telahpun selesai.
“Pengorekan Terowong Kuantan sepanjang 2.8 kilometer antara Dungun di Terengganu dan Mentakab di Pahang pula dijangka selesai pada suku keempat tahun ini,” katanya.
Perdana Menteri berkata demikian dalam Majlis Perasmian Permulaan Pengorekan Terowong ECRL dengan kaedah mesin pengorek terowong (TBM).
“Kira-kira 128 kilometer jajaran ECRL akan melibatkan penyediaan jambatan atau jajaran bertingkat untuk mengelak gangguan kepada hidupan liar dan risiko berlaku banjir akibat musim tengkujuh.
“Sebuah lagi struktur utama yang turut dibina di bawah fasa pembinaan di Pahang adalah jambatan ‘Super Major Bridge’ sepanjang 3.88 kilometer menyeberangi Sungai Kuantan,” ujar Perdana Menteri.