Hamid Gurka Meninggal Dunia
Pelawak terkenal tanah air, Hamid Gurka atau lebih mesra dengan panggilan Pak Hamid disahkan menghembuskan nafasnya yang terakhir, 2.11 petang tadi.
Pak Hamid yang pernah popular menerusi filem Panglima Badol (1978) dan sebagainya sebelum itu ditempatkan di Hospital Tengku Ampun Rahimah, Klang.
Menurut anaknya, Nor, bapanya sebelum ini memang dijangkiti penyakit tibi dan mempunyai masalah beberapa komplikasi lain pada badan.
Selain penyakit tersebut, Pak Hamid juga pernah mendapatkan rawatan di hospital sebagai pesakit luar akibat batuk berkahak dan perlu menerima bekalan oksigen.
Ujar Nor lagi, keadaan kesihatan Pak Hamid mula terganggu selepas dijangkiti Covid-19 tahun lalu walaupun sudah mengambil dua dos vaksin.
Disebabkan Allahyarham mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan, anak-anaknya tidak membenarkan arwah meneruskan bakatnya dalam bidang lakonan.
Walau bagaimanapun, ahli keluarga reda atas pemergiannya dan memohon orang ramai mendoakan kesejateraan ke atas Allahyarham Pak Hamid