Politik

Bukan hanya utamakan pemimpin bahagian jadi calon PRU15

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan bahawa parti tidak hanya memberi keutamaan kepada pemimpin bahagian untuk menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Calon PRU15 insya-Allah mungkin yang ada di atas pentas ini (merujuk Ketua Pemuda UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Ahmad Maslan dan Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker).

“…dan saya tidak akan meraikan hanya pemegang jawatan di bahagian saja jadi calon,” katanya.

Zahid berkata demikian ketika berucap merasmikan Wacana Aspirasi Orang Muda di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Zahid berkata, sekarang ialah masa yang sesuai untuk mengadakan PRU15 kerana sokongan anak muda dilihat telah kembali kepada BN berdasarkan keputusan dalam beberapa Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

Oleh itu, katanya, formula mengetengahkan muka baharu dan anak muda sebagai calon berkemungkinan besar digunakan dalam PRU15.

“Dalam PRN lepas, undi anak muda lari memilih calon BN. PRN Melaka kita ketengahkan 87% calon baharu, di Johor 70%.

“Oleh kerana anak muda telah kembali kepada kita (BN), carilah masa sesuai (untuk mengadakan PRU),” katanya. – SUMBER FMT – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button