Isteri rakam video suami cuci pinggan dicerai
MAIN lagi TikTok, kan dah dapat padah. Seorang isteri diceraikan suaminya selepas dia membuat perkongsian video menerusi aplikasi tersebut yang memaparkan suaminya sedang mencuci pinggan.
Lelaki Syria itu bertindak menceraikan isterinya yang merakam perbuatannya sedang mencuci pinggan dan dimuat naik ke laman TikTok.
Menurut laporan media tempatan, rakaman video itu disertakan dengan lagu latar yang menggambarkan seolah-olah lelaki itu berada di bawah telunjuk isteri.
Wanita itu mengambil kesempatan merakam ketika suaminya sibuk membersihkan rumah dan berdiri di dapur sambil mencuci pinggan.
Wanita itu juga menyelitkan lagu berbentuk provokasio dalam video itu yang menyebabkan suaminya hilang sabar lalu menceraikan isterinya itu sejurus selepas klip itu tular.
Lagu berjudul Mesaytara yang diterjemahkan membawa maksud, saya dominan atau saya akan mengawal awak, dinyanyikan oleh Lamis Khan (penyanyi dari Syria) menjadi punca utama kepada perceraian pasangan itu.
Lirik lagu Mesaytara membawa kecekalaan atau sial kepada pasangan Syria kerana sudah beberapa pasangan suami isteri bercerai.
Bahagian pertama lirik lagu itu, “Saya dominan, anda akan diperintah di bawah arahan ketat saya. Saya akan membuat anda gila jika anda memandang gadis lain di jalanan. Selagi anda bersama saya, anda akan berjalan di bawah perintah saya.” – SM