Betul ke ada menteri, timbalan menteri PN masuk UMNO
MENANG Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac, baru-baru ini, UMNO dah menang. Kalah pada PRN Johor yang telah diadakan pada Sabtu lalu, kalah dah tetapi mulut-mulut di luar sana masih belum berhenti-henti bercakap, berbual dan bergebang tentang PRN Johor.
Yang menang, mereka yang menyokong memang tidur bermimpikan bendera dacing sampai ke malam tadi manakala yang kalah, agaknya terus mengigau dalam tidur.
Yalah, bukan semua kita yang buat. Bukan semua mereka yang buat. Tak ada nak claim credit tetapi kalau dah menang 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 56 kerusi, jangan terlalu seronok, selesa dan jalan berkepak.
Tunduk sedikit dan layan media walaupun bukan arus perdana manakala yang kalah, buatlah survey on the ground atau kajiselidik mengapa kalah. Adakah pengundi memilih calon atau parti?
Sebelum ini, ada dakwaan mengatakan supaya Perikatan Nasional (PN) mengadakan rundingan dengan Pakatan Harapan (PH) menentang BN.
Dakwaan itu ditangkis oleh Lim Lip Eng, Ahli Parlimen Kepong dalam sebuah portal berita. Katanya, pendedahan yang dilakukan tentang kolaborasi cadangan antara PN dan PH itu disifatkan oleh Lip Eng sebagai cerita dongeng semata-mata.
Katanya, maklumat yang diterima, ada Ahli Parlimen dan ADUN dalam kalangan menteri PN khabarnya akan menyertai UMNO susulan PN hanya memperoleh tiga kerusi DUN pada PRN Johor.
Kekalahan teruk PN kali ini di PRN Johor membuatkan ramai Ahli Parlimen dan ADUN PN (PAS dan Bersatu) termasuk timbalan menteri akan menyertai UMNO.
Langkah menyertai UMNO itu demi menyelamatkan jawatan dan kuasa dalam kerajaan.
Kata Lip Eng, kalau itu berlakum adalah kerana mereka sedar yang rakyat sudah muak dengan PN yang gila kuasa dan hanya pentingkan poket sendiri.
Garu kepala juga jika Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin benar-benar melepaskan jawatannya itu walaupun tindakan itu dipandang sebagai ‘cara terhormat’ undur diri dan PN memerlukan pucuk pimpinan baharu, kalau ada dalam kalangan mereka di dalam parti itu. – SM