Sukan

Beregu lelaki Sze Fei-Nur Izzuddin ketepikan rakan senegara

Melangkah ke separuh akhir Terbuka Jerman 2022

PASANGAN beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzudin Rumsani membuktikan mereka lebih unggul berbanding rakan senegara, pasangan Ong Yes Sin-Teo Ee Yi pada aksi suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Jerman 2022 yang berlangsung malam tadi.

Gandingan bukan pilihan kejohanan Sze Fei-Nur Izzuddin menewaskan pasangan Yew Sin-Ee Yi, pilihan keenam kejohanan itu memperlihatkan mereka menempah tempat ke separuh akhir hari ini.

Terdahulu Sze Fei-Nur Izzuddin terpaksa mengharungi pertarungan yang sengit sehingga mengheret perlawanan ke set penentuan (rubber set) yang berlangsung lebih satu jam (1 jam 15 minit).

Perlawanan yang diadakan di gelanggang Westenergie Sporthalle, Mulheim an der Ruhr itu menyaksikan Sze Fei-Nur Izzuddin bermula garang apabila mereka memenangi perlawanan di set pertama, 21-15.

Selepas itu, Yew Sin-Ee Yi bangkat memberi tentangan sengit dengan kemenangan berpihak kepada mereka, 22-20 sebelum Sze Fei-Nur Izzuddin mengenepikan rakan senegara mereka dan sekaligus, mengesahkan tempat ke separuh akhir dengan kelebihan dua mata iaitu 21-19.

Dengan kemenangan ini, Sze Fei-Nur Izzuddin yang berada pada ranking atau kedudukan di tangga ke-17 terbaik dunia akan menentang pasangan beregu dari China, He Ji Ting-Zhu Hao Dong.

Ji Ting-Hao Dong menewaskan beregu dari India, Krishna Prasad Garaga-Vishnuvardhan Goud Panjala dengan 21-11, 23-21. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button