KesihatanNasional

2,135 kes baharu Covid-19 dimasukkan ke hospital

 ICU pada kapasiti 43%

SEBANYAK 2,135 pesakit baharu membabitkan kes Covid-19 dimasukkan ke hospital semalam, kata Kementerian Kesihatan (KKM). Daripada jumlah itu, 1,302 kes atau 61% dalam kategori 1 dan 2 manakala baki 833 kes atau 39% adalah kategori 3 hingga 5.

Selangor merekodkan jumlah kemasukan ke hospital tertinggi dengan 311 diikuti Perak (249) dan Johor (225).

Sementara itu 1,608 pesakit dibenarkan pulang semalam.

Dalam kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) bagi pesakit Covid-19 pula ialah 380 atau 43% daripada jumlah kapasiti.

Katil ICU di enam negeri melebihi penggunaan 50% kapasiti adalah Kelantan (75%), Johor (68%), Putrajaya (67%), Kuala Lumpur (58%), Selangor (57%) dan Pulau Pinang (51%).

Sejumlah 231 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dengan peratusan penggunaan ventilator 26% daripada keseluruhan ventilator.

Sebanyak empat kluster baharu dilaporkan semalam, menjadikan keseluruhan 6,873 kluster dikesan sehingga kini dengan 405 daripadanya aktif.

Kadar kebolehjangkitan (R-naught atau RO) Covid-19 negara pula direkodkan pada 1.03. – SM

 

(Visited 143 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button