Politik
Lama Tak Meronda Dalam Kawasan Kampung – Sahruddin Jamal
Petang tadi saya sempat berkonvoi motorsikal bersama anak-anak muda meronda di Kampung Baharu Batu 28, Lenga.
Alhamdulillah, seronok rasanya kerana sudah lama tidak meronda dalam kawasan kampung. Sempat juga saya bertemu dengan penduduk di Kampung Baharu Batu 28 ini dan melawat Embah Basirun yang sedang beriadah di luar rumahnya.
Semoga semua penduduk di Kampung Baharu Batu 28 sihat selalu dan dipanjangkan umur InSyaAllah.
Kredit : Dr. Sahruddin Jamal