MahkamahNasionalUncategorized

Leisnner diugut kekasih bekas CEO Astro beli rumah AS$10 juta

BEKAS pegawai bank, Tim Leissner memberi keterangan di mahkamah hari ini bahawa seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) media yang mempunyai hubungan sulit dengannya telah memeras ugut membeli rumah bernilai AS$10 juta.

Leissner berkata demikian pada perbicaraan kes rasuah bekas jurubank Goldman Sachs Group Inc, Roger Ng yang merupakan bekas pekerjanya.

Leissner ketika disoal oleh pendakwa raya Drew Rolle mengenai hubungan sulitnya dengan bekas CEO media berkenaan, Leissner memetik beberapa nama termasuk nama bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat media Astro Malaysia Holdings Bhd, Datuk Rohana Rozhan.

Mereka menjalin hubungan sulit pada tahun 2003 hingga 2013, kata Leissner kepada juri.

Untuk makluman, Datuk Rohana Rozhan meletak jawatannya di Astro pada tahun 2019.

Rolle bertanya kepada Leissner sama ada dia pernah memberi wang kepada Rohana yang sumbernya adalah daripada 1MDB?

Leissner berkata, “saya telah memberinya wang dan dia beli rumah bernilai AS$10 juta di London pada 2013 selepas dia mengancam untuk mendedahkan penglibatan saya dengan 1MDB.”

Leisnner berkata, “Rohana sangat kecewa kerana saya memutuskan hubungan kami untuk bersama bakal isteri saya, Kimora Lee Simmons.

“Jika saya tidak membelikan dia (Rohana) rumah, dia akan memberitahu pihak berkuasa tentang penglibatan saya dalam skandal 1MDB. Dia mengancam untuk mendedahkan saya. Pada masa itu, tahun 2013, saya sangat takut akan perkara itu,” kata Leisnner dalam keterangannya dalam mahkamah.

Untuk rekod, pada tahun 2018, Leissner mengaku bersalah atas pertuduhan konspirasi melanggar undang-undang anti-rasuah Amerika dan bersubahat untuk pengubahan wang haram.

Leissner berkata, dia telah membincangkan hubungannya dengan Rohana dengan majikannya pada ketika itu, bekas ketua Asia Richard Gnodde.

“Ia adalah isu sensitif kerana Goldman menjalankan perniagaan dengan Astro. Gnodde, yang kini menjalankan urusan perniagaan bank antarabangsa  memberitahu saya supaya berhati-hati dengan hubungan dengan pelanggan,” kata Leissner yang merupakan bekas pegawai bank.

Leissner dalam keterangannya mengakui, dia tetap menjalin hubungan sulit dengan Rohana untuk tempoh selama 10 tahun lagi.

“Hampir semua orang di wilayah Asia Tenggara tahu mengenai hubungan sulit kami,” katanya. – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button