Ozzie, gorila jantan tertua di dunia mati pada usia 61 tahun
SEEKOR gorila jantan tertua yang menjadi gorila ketiga tertua di dunia telah mati pada usia 61 tahun.
Gorila itu bernama Ozzie ditemui mati oleh pasukan jagaannya pada Selasa di Zoo Atlanta, Amerika Syarikat.
Punca kematiannya belum diketahui, namun sebelum ini Ozzie mengalami penurunan selera makan, muka bengkak dan keadaannya yang lemah.
Pihak zoo mengesahkan nekropsi iaitu bedah siasat yang dilakukan ke atas gorila akan dilakukan ke atas Ozzie.
“Ini adalah satu kehilangan yang dahsyat untuk Zoo Atlanta. Walaupun kami tidak tahu masa ini akan tiba satu hari nanti, ketidakpastian itu tidak dapat membendung kesedihan mendalam yang kami rasai akibat kehilangan legenda.
“Sumbangan Ozzie ketika masih hidup tidak dapat dilupakan, dalam generasi individu yang ditinggalkannya dalam populasi gorila dan dalam persatuan pengetahuan dunia dalam penjagaan spesisnya.
“Fikiran kami adalah bersama dengan pasukan penjagaannya, yang telah kehilangan sesuatu yang bermakna kepada mereka,” kata presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Zoo Atlanta, Raymond B. King.
Menurut aporan USA Today, Ozzie mencipta sejarah pada tahun 2009 apabila menjadi gorila pertama di dunia yang mengambil bahagian dalam bacaan tekanan darah secara sukarela.
Zoo Atlanta menyatakan bahawa gorila itu dianggap geriatric selepas umur 40 tahun.
Sekumpulan gorila di zoo, termasuk Ozzie, diuji positif Covid-19 pada tahun lalu dan pegawainya berkata dia hanya menunjukkan gejala ringan semasa jangkitannya.
Ozzie adalah seekor gorila daripada spesis yang sangat terancam yang dikenali sebagai ‘western lowland gorilla’ yang menjadi sasaran pemburuan haram dan kehilangan habitat.
Kematian Ozzie berlaku selepas Choomba, seekor lagi gorila di Zoo Atlanta, dibunuh awal bulan ini.
Choomba berumur 59 tahun dan merupakan gorila keempat tertua di dunia. – SM