JenayahNasional

Mayat wanita tidak berseluar ditemui di perangkap sampah

MAYAT seorang wanita dalam keadaan tidak berseluar ditemui polis dalam perangkap sampah di kawasan kunci air di Sungai Kandis, selasa lalu.

Mayat itu ditemui selepas pihak polis menerima maklumat daripada penjaga kunci air tersebut.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komiwioner Baharudin Mat Taib berkata, wanita tersebut dipercayai berusia dalam lingkungan 30-an, ditemui dalam keadaan tangan diikat dan disyaki seluar mangsa digunakan untuk mengikat tangannya itu.

“Identiti mangsa masih belum dikenal pasti. Mangsa memakai baju tanpa lengan berwarna hitam dan terdapat sebentuk cincin batu berwarna merah di jari manis kirinya.

“Ketinggian mangsa lebih kurang 150cm, rambut beruban dan bergigi jarang,” katanya.

Beliau berkata, mayat yang ditemui sekitar jam 10.40 pagi itu dipercayai meninggal dunia kira-kira tujuh hari lalu dan tiada kecederaan fizikal luaran.

Tambahnya, kes berkenaan disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau turut meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk menghubungi pegawai penyiasat kes ASP Shazrin (03-55202022) bagi membantu siasatan. -SM

(Visited 328 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button