Politik

Jangan Baca Perlembagaan Parti Politik, Terus Isi Borang & Daftar Jadi Ahli!

85 peratus pengundi pelbagai parti politik hari ini tidak pernah membaca perlembagaan parti politik yang cuma beberapa helai itu.

Yang diamalkan secara turun-temurun, apabila datangnya seseorang itu, dengar macam cakap sedap sedikit, terus berminat jadi ahli.

Menjadi ahli atau apa-apa sekali pun dalam parti politik, perlu diketahui apa tujuan kita berada di situ. Benar-benar mahu berjuang atau sekadar ikut kawan?

Namun ramai generasi muda hari ini jenis ikut kawan. Pantang dalam parti politik ada chinggey yang cantik sikit, atau mat-mat bunga yang hensem, terus jalan.

Perjuangan asal parti? Yang sudah lama pun ada yang tak pernah tengok perlembagaan parti namun ada hati sembanglah dialah yang paling juara dalam politik.

Mungkin kita yang belum mendaftar atau menjadi ahli mana-mana parti politik akan berdepan dengan orang yang tak pernah tunjukkan perlembagaan parti.

Mereka lebih ghairah untuk memastikan kita daftar jadi ahli, kemudian berbangga, ahli ‘kitalah’ paling ramai dalam Malaysia. Sedang yang daftar itu pun tak tahu apa-apa.

Jadi, hentilah amalan khurafat ini. Karut. Jadi rakyat Malaysia yang moden itu tolonglah cakna sikit dengan apa yang dibuat. Ini tidak, asyik kena scam sahaja!

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button