Berita

Lebuh raya Pan Borneo terbengkalai?

KALAU benar, ia memang mengejutkan.

Namun itulah luahan komuniti penduduk di Membakut dan Seladan, Sabah yang mengatakan pembangunan di Sabah sudah terhenti.

Menurut bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, penduduk di sana mengadu kepadanya apabila pelbagai projek dilaksanakan Barisan Nasional (BN) dahulu dihentikan.

Beliau berkata, projek seperti Pan Borneo yang diilhamkan BN itu sepatutnya kini dikawal selia oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

“Mereka kata pembangunan sudah tiada di Sabah. Malah yang BN buat dahulu seperti Pan Borneo sudah terbengkalai. Bukankah projek ini kini dikawal selia bawah kerajaan persekutuan dan negeri?

“Pan Borneo ini satu hadiah besar yang saya dan BN berikan kepada Sabah Sarawak. Ia mampu mengubah lanskap sosio ekonomi dan membawa pembangunan. Di Kimanis juga. Lebih-lebih lagi tiada tol dikenakan,” katanya.

Najib berkata demikian menerusi satu status yang dimuat naik dalam Facebooknya selepas melawat Membakut dan Seladan menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis tidak lama lagi.

Dalam pada itu, isu Pas Sementara Sabah (PSS) turut dibangkitkan penduduk yang menyifatkannya sebagai memberi peluang kepada warga asing.

“Ada juga menyuarakan kepada saya mengenai isu Pas Sementara Sabah atau PSS. Saya nak beritahu kepada kerajaan PH. Sabah ini rakyat punya. Sabah ini Malaysia punya.

“Mengapa gadaikan peluang pekerjaan, kebajikan rakyat untuk warga asing? Inikah hadiah PH kepada rakyat?

“Lawan lah wahai rakan-rakan saya rakyat semua. Kita tidak boleh biarkan kerajaan ini membuat keputusan atau dasar yang menyusahkan rakyat dan membawa kesan negatif kepada negeri Sabah,” ujarnya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button